Ucapan- Belanjawan 1997
oleh Lim Kit Siang - Ketua Pembangkang Parlimen, Setiausaha-Agong DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Tanjong
di Dewan Rakyat
pada Isnin 28 Oktober 1996

Pertubuhan-pertubuhan bukan-kerajaan dan dan Masyarakat Madani

Kerajaan harus melancarkan satu “Rancangan Masyarakat Maklumat Malaysia 2000” yagn koheren dan bersepadu selewat-lewatnya pada April tahun depan dengan membentangkan kenyataan dasar Teknologi Maklumat tahunan kepada Parlimen menggariskan rancangan tindakan dasar Teknologi Maklumat untuk tahun yang akan datang serta membentangkan laporan mengenai hasil rancangan tindakan dasar Teknologi Maklumat untuk tahun yang berlalu

Dalam ucapan perbahasan ke atas Belanjawan tahun yang lepas, saya bermula ucapan saya dengan meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan dua perkara untuk menunjukkan bahawa kerajaan memang memberikan sokongan penuh kepadanya dalam komitmen memupuk satu masyarkat madani, terutama sekali memandangkan beliau masih merupakan satu-satu Menteri Kabinet yang bercakap-cakap tentang ‘masyarkat madani’ - malah Perdana Menteri sendiri mengakui dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini bahawa beliau tidak faham tentang konsep ini.

Dalam sebuah masyarakat madani, selain dari ‘bidang awam’ yang terdiri dari institusi kerajaan, ‘bidang swasta’, termasuklah ‘sektor ketiga’ yang terdiri dari pertubuhan-pertubuhan sukarela dan bebas, juga mempunyai peranan yang besar di mana mereka boleh membantu memperkukuhkan lagi institusi-institusi ketulusan, bebas dan demokratik, berakuntabel di negara ini.

Saya ingin memuji Anwar kerana dalam belanjawan tahun ini, beliau telah menerima cadangan saya, bahawa kerajaan memberikan pengesahan sepenuhnya serta menghormati NGO di Malaysia, dan memperuntukkan sekurang-kurangnnya RM20 juta setahun untuk membantu keperluan tabung aktiviti-aktiviti NGO Malaysia.

Anwar telah memperuntukkan RM50 juta untuk mengakui ‘peranan strategik yang dimainkan oleh NGO untuk meniupkan roh keadilan dan nafas menyayang dalam masyarakat’, termasuk sejumlah RM10 juta kepada Yayasan AIDS Malaysia dan RM5 juta kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Malaysia kini mempunyai lebih kurang 22,000 NGO, dan satu mekanisma yang adil dan bebas harus dibentuk untuk kerja-kerja pengaihan RM35 juta kepada NGO ini, yang langsung tidak harus diasaskan dengan sifat string-attach, kerana kerajaan harus mengakui serta menghormati bahawa mungkin ujudnya perbezaan pendapat di antara Kerajaan dan NGO mengenai definasi ‘keadilan’ yang harus dipertahankan - dan inilah apa yang dimaksudkan dengan semangat masyarakat madani.

Cadangan kedua dalam ucapan belanjawan saya tahun lepas adalah menyeru supaya kerajaan memupuk budaya akauntabel dan ketulusan yang sine qua non untuk perkembangan sebuah masyarakat madani bersemangat dengan menarik balik dakwaan-dakwaan kriminal terhadap seorang pemimpin NGO, iaitu Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez, yang bagaimanapun tidak mendapat sambutan.

Kini masih belum terlewat bagi kerajan menarik balik semua dakwaan-dakwaan terhadap Irene Fernandez demi mengudarakan satu mesej yang jelas bahawa kerajaan memang serius hendak memupuk perkembangan satu masyarakat madani di Malaysia.